Tuesday, January 12

Monday, January 11

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi | Vitamin C atau dikenali sebagai asid askorbik sangat penting untuk pertumbuhan dan perkembangan tubuh manusia. 

Vitamin C adalah vitamin yang larut dalam air, maka ia tidak boleh disimpan dalam tubuh dan badan kita tidak boleh menghasilkan Vitamin C sendiri. Oleh itu, kita perlu mengambil Vitamin C setiap hari melalui pemakanan dan suplemen.

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi

Terdapat pelbagai jenis sumber makanan yang mengandungi Vitamin C. Antaranya ialah dari buah-buahan, sayur-sayuran dan juga suplemen. Banyak jenis buah-buahan dan sayur-sayuran yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi.

Sumber Vitamin C dari buah-buahan

1.    Jambu Batu

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi

Jambu batu merupakan buah yang mengandungi kandungan Vitamin C yang paling tinggi. Satu cawan jambu batu mengandungi lebih kurang 377 mg Vitamin C. Bukan itu sahaja, pengambilan sebiji buah jambu batu sehari dapat melengkapkan sehingga 140% keperluan Vitamin C harian.

Ada satu kajian menunjukkan 45 orang muda dan sihat diberi makan 400 gram jambu batu setiap hari selama enam minggu, mampu menurunkan tekanan darah dan juga tahap kolestrol.

2.    Kiwi

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi

Kiwi juga merupakan sumber buah yang mengandungi Vitamin C. Dua biji buah kiwi mengandungi 137.2 mg Vitamin C. Buah kiwi juga padat dengan mineral seperti kalium (potassium) dan juga kuprum (copper).

Kajian mendapati kiwi mampu melancarkan penghadaman dan meningkatkan kesihatan jantung kerana buah kiwi dapat mengurangkan kandungan lemak dalam darah.

3.    Betik

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi

Betik juga antara buah yang mengandungi Vitamin C. Satu cawan betik mengandungi 88.3 mg Vitamin C dan buah betik juga membantu meningkatkan ingatan.

Terdapat satu kajian, 20 orang pesakit “Mild Alzheimer” diberi ekstrak betik pekat selama enam bulan. Hasil menunjukkan penurunan keradangan dan 40% penurunan “oxidative stress”.

Sumber Vitamin C dari sayur-sayuran

1.    Brokoli

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi

Kira-kira 89 mg Vitamin C terdapat di dalam 100 mg brokoli. Brokoli juga dikatakan antara sayur yang boleh menurunkan risiko penyakit keradangan. Ia juga mampu melawan kanser, membekalkan tenaga dan juga meningkatkan kesihatan jantung.

Ada kajian menunjukkan beberapa orang perokok yang diberikan brokoli selama dua minggu, kadar keradangan dan (C- Marker Protein) dalam darah mereka berkurang hampir 50%.

2.    Lada Benggala

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi

Terdapat 240 mg Vitamin C di dalam lada benggala. Kandungan Vitamin C di dalam lada benggala merah lebih tinggi berbanding dengan lada benggala hijau.

Lada benggala juga merupakan sayur yang rendah kalori, tidak mempunyai lemak, serta banyak vitamin dan juga mineral. Oleh itu, lada benggala dapat mengurangkan kadar kolestrol, baik untuk penglihatan dan dapat mencegah kekurangan zat besi.

3.    Kale

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi

Kale juga antara sayur-sayuran yang tinggi kandungan Vitamin C. Setiap 100 gram kale mengandungi 120 mg Vitamin C. Kale kaya dengan pelbagai vitamin dan mengandungi sumber mineral dan asid lemak yang baik untuk tubuh.

Sumber Vitamin C dari suplemen

Sumber Vitamin C Terbaik dari Bahan Semulajadi

Selain dari sumber buah-buahan dan sayur-sayuran, kita boleh mendapatkan Vitamin C daripada suplemen. Suplemen boleh didapati dalam bentuk serbuk, cecair dan tablet. Suplemen juga lebih mudah diambil dan ditelan mengikut kadar keperluan yang diperlukan oleh tubuh badan kita serta dapat diserap dengan lebih banyak dan lebih cepat oleh tubuh.

Kandungan Vitamin C di dalam suplemen juga lebih mudah untuk diketahui melalui kandungan yang terdapat pada botol suplemen. Keselamatan dan keberkesanan kadar penyerapan tidak diragui jika syarikat pengeluar mempunyai integriti dalam penghasilan produk.

Selain itu, pastikan suplemen yang kita pilih berasaskan dari bahan semulajadi, bukannya dari bahan sintetik dan suplemen tersebut dapat diserap dengan lebih banyak dan lebih cepat oleh tubuh.

Sebarang info, konsultasi dan pertanyaan lanjut berkaitan Vitamin C boleh WhatsApp Fizah di 0196591541.


Continue Reading

Saturday, January 9

Tips Elak Pakaian Berbau Hapak Ketika Musim Hujan

Tips elak pakaian berbau hapak ketika musim hujan | Apabila tiba musim hujan, ramai antara kita berkira-kira untuk mencuci pakaian. Kita takut untuk mencuci pakaian kerana risau pakaian akan berbau hapak walaupun sudah dicuci dengan bersih. 


Tips Elak baju Berbau Hapak Ketika Musim Hujan


Mencuci pakaian pada musim hujan memerlukan masa yang agak lama untuk kering. Kadangkala ia mengambil masa berhari-hari untuk kering dengan sempurna. Untuk yang ada mesin pengering mungkin tak menjadi masalah, tetapi bagi mereka yang tiada mesin pengering bolehlah amalkan tips yang Fizah share. 

Cuci pakaian pada awal pagi Biasanya, hujan akan turun waktu tengahari ataupun waktu petang. Bila kita dah siap cuci pakaian waktu pagi, kadar pakaian untuk kering lebih tinggi berbanding jika kita siap cuci pakaian pada waktu tengahari. Guna ampaian mudah alih Adalah lebih baik untuk menggunakan ampaian mudah alih. Kenapa kena guna ampaian mudah alih? Apabila hujan turun secara tiba-tiba, kita boleh alihkan ampaian ke kawasan terlindung dari hujan seperti di bawah garaj. Bila hujan dah reda, kita boleh tolak ampaian ke kawasan panas. Guna kipas Selain itu, jika pakaian tidak kering, boleh juga keringkan di bawah kipas yang berfungsi. Seelok-eloknya sidai pakaian di dalam bilik khas dan pastikan pintu terbuka luas supaya pengudaraan lebih baik dan pakaian cepat kering.


Tips Elak Pakaian Berbau Hapak Ketika Musim Hujan


Asingkan pakaian ikut ketebalan

Pakaian tebal pastinya mengambil masa yang lebih lama untuk kering. Pastikan kita uruskan dahulu pakaian yang lebih tebal dan jika perlu sidai antara pakaian yang lebih nipis, pastikan tidak disidai secara rapat supaya pakaian boleh kering dengan sempurna.

Elakkan jemur pakaian secara bertindih

Pastikan pakaian tidak dijemur secara bertindih antara satu sama lain. Jika pakaian terlalu banyak dan ruang agak terhad, guna penyangkut pakaian (hanger) agar lebih sistematik sekaligus dapat menjimatkan ruang. Nak asingkan pakaian yang telah kering pun agak senang.

Guna pencuci dan pelembut pakaian yang wangi dan bebas bahan kimia 

Pakaian yang lembap mudah berbau hapak dan akan menyebabkan berlaku pembiakan bakteria. Sabun pencuci dan pelembut yang bebas dari bahan kimia merbahaya elok untuk menjadikan pakaian bersih dan kekal harum walaupun pada musim hujan.


Tips Elak baju Berbau Hapak Ketika Musim Hujan
Untuk info lanjut boleh klik pada gambar

Itu antara tips yang boleh kita buat untuk mengelakkan pakaian berbau hapak ketika musim hujan. Paling penting, jangan bertangguh sehingga baju bertambah banyak untuk mencuci pakaian. Jika pakaian kotor masih sedikit, cuci dahulu supaya ia lebih mudah diuruskan.

Sekiranya pakaian terlalu banyak dan tidak mampu untuk ikut tips yang Fizah share di atas, silalah bawa pakaian ke kedai dobi layan diri dan gunalah pengering (dryer) yang disediakan untuk mengelakkan baju berbau hapak.

Moga bermanfaat 😉

Continue Reading

Sunday, December 6

Friday, December 4

Tapai Pulut Pemanis Mulut Tradisi Malaysia

Tapai Pulut Pemanis Mulut Tradisi Malaysia | Dulu-dulu anak Fizah cukup tak suka dengan tapai ni. Bila nampak Fizah dan suami pulun makan tapai, semua buat muka cakap tak sedap, padahal rasa pun tak lagi.

Sekarang ni, makan tapai dah mengalahkan Fizah dan suami pulak. Tak menahan bila hujung minggu je, siap ajak pergi Pasar Tani semata-mata nak beli tapai pulut ni 😂

Kalau tak dan nak ke Pasar Tani, tempah je dengan Ibu kawan kelas Haziq. Paling paling kena tempah 100 biji, sebab pernah tempah 50 biji, Fizah dan suami terkulat-kulat tengok anak-anak makan 🤭

Alkisahnya, ada suatu hari tu, tiba-tiba teringin nak makan tapai. Ternampak status wasap salah sorang Ibu rakan sekelas Haziq buat tapai. Saje je lah tanya tak jual ke, then beliau jawab kalau nak beli boleh je. Bila orang cakap boleh beli, Fizah pun try order 50 biji dulu.

Sampai-sampai je kat rumah semua pakat kerumun tapai tu. Elok pulak rasa tapai tu, tak manis sangat, tapai pun elok je dah masak. Pernah beli masa raya, tak kena dengan selera suami. Order sampai 100 biji, dekat 3 minggu baru habis 100 biji tu.

Kitorang suka makan tapai ni sejuk-sejuk. Setiap kali beli, mesti letak dulu dalam peti sejuk, baru boleh makan. Selagi tak sejuk, selagi tu tak boleh makan.

Suami Fizah pun sebenarnya memang hantu tapai. Memang suka makan tapai, almaklumlah orang Kelantan kan. Kadang tu memang pantang nampak ada orang jual tapai ke apa, memang dia akan beli. Kalau macam Fizah pulak, macam biasa je, takde lah sampai nak mencari tapai ni.

Memandangkan semua orang dalam rumah ni suka sangat dengan tapai, nampak gaya nya Fizah kena belajar la buat tapai sendiri. Itulahhh, masa orang ajak makan tapai dulu kemain jual mahal, haaa, bila dah rasa tapai ni, baru diorang tahu makanan tradisional ni punya sedap tu macam mana kan 😆


Tapai Pulut 

Tapai pulut merupakan sejenis makanan tradisional di Malaysia dan amat digemari di kalangan penduduk pantai timur, terutamanya di Terengganu, dan Kelantan.

Bahan utama yang digunakan untuk membuat tapai pulut adalah, beras pulut dan ragi. Beras pulut ini dikukus terlebih dahulu dan kemudiannya dicampurkan dengan serbuk ragi. Kemudian, nasi pulut bercampur ragi ini dibungkus di dalam daun khas dan kemudiannya diperam beberapa hari sehingga menghasilkan rasa masam.


Continue Reading

Thursday, November 26

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api

Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api | Dah lama sangat rasanya tak masak lauk ni 🤤

Alhamdulillah. Hari ni Allah beri izin untuk masak dan makan lauk ni. Anak-anak pun menambah-nambah pulak makan siang tadi. Sodap sangat kobar ehh😋

Diorang ni kalau masak lauk masak lemak cili api ni memang tak cukup sepinggan. Tak makan masak lomak cili api, bukan anak jati nismilan la kan. Betul tak 😂

Teringat zaman duduk Sabah dulu. Setiap kali pergi pasar, mesti beli 2 ekor sebab kat sana jual ikut ekor bukan ikut berat. Bayangkan, sekor RM 10 😱 

Paling mahal pun RM 14 sekor. Heaven sangat rasa masa tu. Kadang-kadang tu hari-hari masak lauk ikan tenggiri 😆

Ikan-ikan atau makanan laut memang murah kalau kat Sabah. Tapiii bila nak jadi lauk siap masak, harga dia boleh jadi harga kayangan. So, adalah lebih baik masak sendiri je memandangkan kat sana pun susah nak cari kedai makan yang kena dengan selera.


Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api

Bila dah duduk sini, tak larat la nak beli sampai sekor. Boleh botak kepala laki den kalau nak beli sekor. Selalunya beli keping keping je la. Kalau nak beli pun mesti pilih ikan yang tak berapa nak besar. Lagi besar, lagi tinggi la maharnya. Tak gitu 🤪

Masak Lemak Cili Api ni pun senang je. Tak perlu nak tumis tumis ke apa. Fizah memang suka masak lemak ni. Cuma yang penat time nak tunggu santan tu masak, sebab masak lemak ni kita tak boleh main tinggal macam tu je. Kalau tinggalkan dia masak sendiri, boleh pecah minyak santan tu.

Alhamdulillah, tercapai la hajat nak makan Ikan Tenggiri Masak Lemak Cili Api hari ni. Syukur 👐


Continue Reading

Monday, November 16